Kesalahpahaman 2: Tarian Shen Yun mengenai Falun Gong adalah "Politik"
Shen Yun menggunakan seni pertunjukan untuk menyampaikan kisah-kisah yang menghidupkan intipati budaya China yang diinspirasikan oleh ketuhanan. Ini termasuk legenda kuno, watak dan cerita dari sejarah, serta peristiwa-peristiwa penting dari dunia moden, termasuk kisah-kisah pengamalan Falun Gong.
Falun Gong, juga dikenali sebagai Falun Dafa, dipandu oleh prinsip “Kebenaran, Belas Kasihan, dan Daya Ketahanan.” Ia telah membantu lebih seratus juta orang China untuk memahami dan kembali kepada intipati budaya tradisional China—fahaman Konfusianisme, Buddhisme, dan Taoisme.
Namun, Parti Komunis China, yang rejim dan ideologinya berbeza jauh dengan budaya tradisional China, telah mensasarkan Falun Gong untuk dianiya.
Sejak 1999, rejim ini telah menumpukan kuasa dan sumbernya dalam kempen yang kejam dan sistematik terhadap pengamal Falun Gong dalam usaha untuk memusnahkan kumpulan tersebut. Tetapi pengamal Falun Gong tetap teguh dengan ajaran mereka dan terus mendedahkan ketidakadilan yang tidak terkira melalui cara yang damai. Semangat belas kasihan dan toleransi mereka mencerminkan intipati budaya ketuhanan China yang berusia 5,000 tahun. Oleh itu, bukan Falun Gong itu sendiri yang bersifat politik, tetapi rejim komunis menggunakan cara politik untuk menganiaya Falun Gong dan membungkam sesiapa sahaja yang ingin bercakap mengenainya.
Dalam persembahan Shen Yun, tema seperti pengabdian rohani, belas kasihan para dewa, balasan baik dan jahat, dan pencarian makna kehidupan telah muncul dalam cerita tarian dan lirik yang berkaitan dengan Falun Gong. Program-program ini menyentuh hati dan mencerahkan minda. Ia memberi inspirasi secara positif dan tidak terlibat dengan politik. Menggunakan istilah “politik” untuk menggambarkan program-program ini sebenarnya adalah satu salah faham.
Untuk maklumat lanjut mengenai Falun Dafa, sila lawati laman web rasmi Falun Dafa di //www.falundafa.org
September 15, 2011