Ceramah Tarian Klasik China
Universiti Fei Tian

Li Hongzhi

Apakah "tarian klasik China?" Secara asasnya, "teknik badan" (shen fa) tarian klasik China telah berasal dari teknik yang dianugerahkan oleh para dewa sejak zaman purba, iaitu "satu Wu” (iaitu Wu-shu, seni mempertahankan diri, di mana sama sebutannya dengan Wu dalam wu-dao, tarian), dua penggunaan", dan "sifat badan" (shen yun) kebanyakannya berasal dari "gaya badan" (shen duan) dalam opera China. "Tarian klasik China" dipanggil "tarian opera" pada zaman dahulu.

Mengapakah sesetengah orang mengatakan bahawa tarian klasik China ialah jenis tarian baharu yang dicipta oleh Akademi Tarian Beijing? Sebenarnya, tarian Akademi Tarian Beijing juga berasal daripada seni mempertahankan diri dan opera China, untuk menyesuaikan dengan pengajaran cara akademi, ia merujuk sebahagian daripada kaedah latihan asas balet, supaya kelihatan lebih mirip tarian berkonsep moden. Tan-zi-gong berasal daripada pelbagai seni yang telah menjadi tradisi dalam budaya Cina selama ribuan tahun. Secara ringkasnya, Akademi Tarian Beijing tidak mencipta tarian klasik China. Akademi Tarian Beijing mencipta nama "Tarian klasik China" dan menukar nama asal "Tarian Opera China" kepada "Tarian klasik China".

Akademi Tarian Beijing sendiri mengakui bahawa sifat badan yang digunakan adalah gaya badan opera China, dan unsur-unsur dalam teknik badan tarian kebanyakannya menggunakan teknik badan tarian opera dan seni mempertahankan diri. Malah, opera China juga mengakui bahawa teknik badan berasal daripada seni mempertahankan diri, dan seawal zaman purba, opera China telah menggunakan teknik badan seni mempertahankan diri tradisional China. Maksudnya, tarian klasik China adalah sesuatu yang telah lama wujud dan tidak dicipta oleh Akademi Tarian Beijing.

Jadi mengapa Akademi Tarian Beijing mengatakan bahawa tarian klasik ialah genre tarian baharu yang dicipta olehnya? Sudah tentu, selain menukar "tarian opera China" kepada "tarian klasik China", ia juga merumuskan satu set kaedah pengajaran untuk tarian klasik China. Nama "Tarian klasik China" telah ditukar olehnya. Oleh sebab Akademi Tarian Beijing juga memanggil tarian klasik China "tarian opera China" pada hari-hari awal, ia telah menggabungkan kaedah pengajaran balet. Sudah tentu, bukan itu sahaja, Akademi Tarian Beijing juga mengamalkan cara pengajaran akademi dalam mengajar tarian klasik China. Pada masa lalu, pembelajaran seni di China diajar dengan cara tradisional, perantis-perantis diajar oleh guru opera China, dan ada juga yang membawa ramai pelajar pada masa yang sama, bahkan berpuluh-puluh orang di seluruh kelas opera China. Walau bagaimanapun, cara tarian klasik China memasuki akademi seni untuk mengajar "tarian klasik China" mungkin yang pertama dimulakan oleh Akademi Tarian Beijing pada masa itu. Pelajar akademi yang muda tidak tahu banyak tentang perkara ini, selanjutnya sejarah China dengan sengaja dimusnahkan oleh Parti Komunis China, para pelajar tidak memahami sejarah China, jadi mereka mengatakan bahawa "tarian klasik China" adalah tarian baru yang mereka cipta, itu sebenarnya tidak menghormati sejarah dan budaya China tradisional ribuan tahun.

Sebenarnya, pada masa yang sama dengan penubuhan Akademi Tarian Beijing, beberapa wilayah dan pelbagai kumpulan seni di China juga menggunakan pengajaran dan persembahan tarian China seperti ini. Presiden Guo dari Universiti Fei Tian kami, pada tahun 40-an dan 50-an, Teater Seni Zhongnan di mana dia bekerja, sudah pun membuat persembahan tarian opera dengan menggunakan kaedah tarian klasik China sebegini. Pada masa itu, Akademi Tarian Beijing belum lagi ditubuhkan! Dengan kata lain, tempoh sebelum dan selepas penubuhan Akademi Tarian Beijing, banyak kumpulan seni di China telah membuat persembahan tarian opera China dengan kaedah tarian klasik China ini.

Seperti yang kita semua tahu, dalam pengajaran tarian klasik Akademi Tarian Beijing, nama teknikal dan kriteria tarian, nama-nama teknik badan dan sifat badan yang digunakan semuanya dipindah daripada opera, dan mereka betul-betul sama. Apa yang digelar "bergegas (chong), bersandar (kao)", "segan (han), malu (dian)", "berpusing (ning), condong (qing), bulat (yuan), melengkung (qu)", trajektori tiga bulatan (san yuan gui ji), bulatan rata (ping yuan), bulatan menegak (li yuan), bulatan angka lapan (ba zi yuan), tangan, mata, badan, teknik (fa), langkah (bu), apa-apa penampilan, semangat (jing), qi, shen, dan sebagainya dan banyak perkara lain. Semua keperluan tarian, mahu ke kanan gerak ke kiri dahulu, mahu naik turun dulu, mahu ke belakang ke depan dulu, dan lain-lain, semuanya dipindahkan daripada opera China, betul-betul sama. Dalam erti kata lain, perkara ini tidak dicipta olehnya, tetapi ditemui asal dalam tarian klasik China. Sejak Akademi Tarian Beijing menukar nama "tarian opera China" kepada nama "tarian klasik China", tarian di semua wilayah China, dari tempatan ke tentera, dari amatur kepada kumpulan seni profesional (profesional), dan kolej dan universiti telah memanggil tarian ini "tarian klasik China", kecuali sekolah opera dan teater.

Jika membincangkan isu ini ia akan berkait dengan Shen Yun dan Universiti Fei Tian, bukankah Shen Yun dan Universiti Fei Tian menggunakan tarian klasik China? Sebenarnya Shen Yun dan Universiti Fei Tian pada mulanya telah menggunakan irama dalam kaedah pengajaran Akademi Tarian Beijing. Pengajaran teknik badan dalam tarian di Akademi Tarian Beijing, telah menyeragamkan satu irama yang tetap, dan unsur-unsur ini sendiri telah lama wujud. Shen Yun hanya menggunakan irama dalam pengajarannya. Kalian sudah faham apa yang saya maksudkan? (Semua orang mengangguk) Shen Yun dan Universiti Fei Tian hanya menggunakan irama Akademi Tarian Beijing.

Kerana tarian klasik China, ia kini masing-masing menjadi satu gaya di setiap wilayah di China. Malah beberapa universiti di Beijing tidak menggunakan irama Akademi Tarian Beijing, malah secara terbuka menafikannya. Tidak ada satu pun rombongan seni di negara ini yang mengamalkan latihan tarian atau persembahan Akademi Tarian Beijing, kerana masing-masing percaya bahawa sendiri adalah tarian klasik China yang terbaik. Anehnya, malah rombongan tarian belia Akademi Tarian Beijing sendiri telah mencampur-adukkan tarian klasik China dengan benda lain, menggabungkan apa yang dipanggil tarian moden gaya China. Ini benar-benar ironi terbesar Akademi Tarian Beijing. Anda malah tidak menghormati diri sendiri, bagaimana anda boleh memberitahu orang lain untuk menghormati anda, bahkan mengambil benda palsu yang dipanggil Dinasti Han dan Tang sebagai pengajaran tarian klasik, sebenarnya itu semua pergerakan rubah, sangat menggodakan. Saya benar-benar berasa kasihan kepada sekolah tarian China tertinggi ini.

Pada hari-hari awal penubuhan Universiti Fei Tian, untuk mempelajari irama dalam pengajaran, perlu mempelajari beberapa kombinasi tarian. Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan irama tarian Akademi Etnik China, anda juga boleh menggunakan irama tarian tempatan, mana-mana wilayah, atau anda boleh terus menggunakan irama tarian dalam opera. Kerana guru Universiti Fei Tian pada masa itu kebanyakannya lulus dari Akademi Tarian Beijing, maka secara semula jadi menggunakan irama guru-guru. Walau bagaimanapun, irama ini sendiri betul dan memenuhi keperluan Shen Yun, jadi irama Akademi Tarian Beijing diterima pakai dalam pengajaran.

Bercakap tentang irama ini, dari perspektif kultivasi (amalan kerohanian), budaya China disebarkan oleh Tuhan dan dijaga oleh Tuhan. Oleh itu, apabila Akademi Tarian Beijing terlibat dalam pengajaran tarian klasik ini, kehidupan peringkat tinggi sudah tahu bahawa ia akan digunakan oleh Shen Yun pada masa akan datang. Maka mesti ada pertolongan Tuhan di sebalik tarian ini. Shen Yun mahu menggunakan tarian ini untuk menyelamatkan orang, ini bukan perkara remeh. Budaya manusia berulang-ulang satu demi satu. Adakah ia konsisten dengan budaya yang ditetapkan oleh Tuhan untuk manusia pada zaman prasejarah terawal?Jadi sebelum Shen Yun menggunakannya, mestilah menyediakan benda yang perlu diguna itu kepada Shen Yun bagi menyelamatkan semua makhluk. Dari sudut pandangan ini, pengasas Akademi Tarian Beijing awal yang terlibat dalam pengajaran tarian klasik China sememangnya telah melakukan perkara yang sangat baik.

Shen Yun dan Universiti Fei Tian telah berkembang hingga ke hari ini, mari kita lihat, Universiti Fei Tian dan Rombongan Seni Shen Yun, jika dibandingkan dengan Akademi Tarian Beijing dari segi keperluan teknik badan, pada dasarnya telah berubah. Visi Shen Yun dan Universiti Fei Tian dalam mengejar pengajaran tarian klasik sama sekali berbeza dengan Akademi Tarian Beijing. Shen Yun dan Universiti Fei Tian mahu mengambil jalan tradisional dan mencari balik keunggulan dalam tarian ini, intipati budaya turunan Tuhan. Manakala Akademi Tarian Beijing jatuh mengikut pemerosotan masyarakat, dalam pengejaran trend moden dan fesyen mengubahsuai benda klasik tradisional menjadi mutasi. Pada masa ini, tarian moden gaya China, tarian kontemporari, Dinasti Han dan Tang palsu, yang dipanggil tarian Dinasti Han dan Tang sebenarnya dipergunakan oleh rubah dan mencipta pergerakan tersebut, malah ia ditambah kepada pengajaran dan persembahan aliran tarian klasik. Pasti mereka tidak suka mendengar kata-kata ini, kerana ia menyinggung aspek faedah dan perasaan mereka. Walau bagaimanapun, jika anda belajar, anda akan dirasuk oleh rubah, dan anda tidak boleh melihat sesuatu yang berbahaya dan katakan tidak pedulinya. Benda seperti ini secara terang-terangan masuk ke universiti umat manusia, walaupun sedih, ia juga nasib dunia.

Sama ada Akademi Tarian Beijing, Universiti Fei Tian dan Shen Yun, pada masa ini, unsur-unsur asas tarian klasik China adalah sama dalam tarian. Cuma keperluan teknik badan berbeza, arahnya berbeza, dan irama juga sedang berubah dalam pemanjangan teknik badan. Pada mulanya, Universiti Fei Tian dan Shen Yun hanya menggunakan iramanya, tetapi irama Shen Yun hari ini sudah berbeza dengan Akademi Tarian Beijing, sebenarnya, ia secara beransur-ansur membuka jarak yang sangat jauh.

Seperti yang anda ketahui, Shen Yun telah mencapai kriteria tahap tertinggi dalam teknik badan tarian. Teknik ini bukan sahaja sedang diterokai oleh tarian klasik China itu sendiri. Pelbagai tarian dan seni badan sedang menerokainya. Dari zaman purba hingga ke hari ini, orang tidak berhenti mencari, sesetengah orang berkata, tiada sesiapa yang tahu teknik tarian ini. Ini telah mencapai puncak tertinggi di kalangan semua tarian, yang dipanggil "badan membawa tangan" (shen dai shou), "kelangkang membawa kaki" (kua dai tui). Ia telah berkembang ke tahap ini, di mana latihan teknikal ini yang tidak dapat dicapai oleh apa-apa jenis tarian. Malah balet dan gimnastik berirama sedang berfikir dan mencari benda ini. Mereka hanya pernah mendengar perkara ini, namun tiada sesiapa pun yang pandai mengajarnya, tiada sesiapa pun yang berjaya menyentuhnya, pada masa ini, tiada siapa yang tahu bagaimana menggunakan benda ini. Tetapi semua orang tahu "badan membawa tangan" dan "kelangkang membawa kaki". Ini juga diajarkan oleh Guru. Sekarang Shen Yun, guru dan pelajar Universiti Fei Tian dan Kolej Seni Fei Tian sedang belajar dan melakukannya, dan yang lakukan dengan terbaik ialah Kelas 07 dan Kelas 17. Latihan pelajar dalam pengajaran telah menjadikan tarian klasik China Shen Yun lain daripada model Akademi Tarian Beijing. Tarian pada dasarnya adalah milik Shen Yun sendiri, irama milik sendiri. Sebenarnya, ia tidak lagi sama dengan Akademi Tarian Beijing. Anda melihat kombinasi set yang sama, video set Akademi Tarian Beijing beberapa hari yang lalu, jika anda membuat set itu dengan teknik badan Shen Yun, ia akan menjadi benda yang berbeza. Dengan kata lain, Shen Yun hanya menggunakan irama itu pada mulanya dan secara beransur-ansur mengambil langkah tersendiri. Pada masa ini, irama sudah menjadi unik kerana pemanjangan pergerakan badan. Kalian haruslah jelas mengenai isu ini.

Sebenarnya, tarian klasik China itu sendiri, ia benar-benar hasil pembentukan beribu-ribu tahun budaya "klasik". Malah Akademi Tarian Beijing sendiri memanggilnya tarian klasik, ia tidak dapat menyingkirkan perkataan "klasik". Mengapa ia dipanggil tarian klasik? Bagaimanakah tarian moden baru dipanggil tarian klasik? Bukankah ini bercanggah? Kerana ia mempelopori cara pengajaran yang moden. Dan benda klasik itu asalnya ada, unsur-unsurnya asal ada. Inikan konsep dia? (Semua orang mengangguk)

Saya pernah memberitahu kalian, saya berkata, budaya turunan Tuhan, China adalah tempat yang istimewa, budaya yang ditunjukkan di bawah penjagaan keseluruhan Tuhan. Semua orang di dunia, tanpa mengira kaumnya, telah dilahirkan di China buat satu dinasti, mereka telah dilahirkan semula di China selama dua ratus tahun, dan seterusnya dilahirkan semula di tempat lain, dan ini adalah bagaimana lima ribu tahun ini telah berlalu. Jadi budaya ini, secara terus berkata, ia telah dialami oleh manusia di seluruh dunia. Oleh itu, manusia dari semua etnik di seluruh dunia merasa akrab apabila mereka melihat program tradisional yang dipersembahkan oleh Shen Yun, terutamanya apabila mereka melihat paparan budaya dalam persembahan tarian klasik China, kelihatan seperti pernah mengalaminya. Mereka memahami segala yang dipersembahkan, di mana ia termasuk nilai sejagat manusia sejak zaman purba, pemikiran dan gaya hidup budaya tradisional. Ini kerana budaya ini pernah wujud di ingatan orang ramai. Oleh itu, ketika Shen Yun menyelamatkan semua makhluk, mereka dapat memahami dan diselamatkan. Oleh itu, jika anda menggunakan sesuatu dari mana-mana etnik, ia tidak akan memberi kesan yang besar, dan sukar difahami.

Dari segi yang lain, pada hari-hari awal tarian klasik China, apabila Tuhan prasejarah mengurniakan budaya kepada manusia, mereka tahu bahawa manusia akan gagal menyampaikan tarian klasik ini dengan tepat di separuh jalan. Kalian tahu bahawa apabila orang bercakap tentang pembangunan, mereka mesti mahu perubahan, dan mereka mesti mahu berbeza dengan orang lain dalam pembangunan, ataupun mereka ingin melakukan dengan lebih baik. Sebenarnya, idea-idea ini sedang mengubahkan tradisi. Tidak kira bagaimana anda berubah, ia tidak sebaik yang asal, seperti yang dikurniakan oleh Tuhan. Anda merasakan bahawa untuk sementara waktu, ia agak baru, agak baik, agak menarik, tetapi tidak ada apa-apa dalam konotasi, dan ia tidak dapat dikekalkan dan diteruskan oleh Tuhan. Maksudnya, pada mula Tuhan menurunkan tarian klasik kepada manusia, masalah ini sudah pun diambil kira, tarian klasik yang lengkap tidak diturunkan secara langsung. Sebahagian daripadanya telah diturunkan di istana, sebahagiannya di kalangan rakyat, sebahagiannya di opera China, dan teknik badan sejati ini terpelihara dalam seni mempertahankan diri.

Semua orang tahu bahawa seni mempertahankan diri ini sangat serius dalam sejarah. Pada masa lalu, belajar seni mempertahankan diri adalah untuk melawan dan membunuh, dan perlu menggunakannya di medan perang. Sekiranya anda ingin menggunakannya secara sembarangan, anda akan dibunuh, tidak berani menggunakannya sembarangan, maka teknik badan yang tidak berubah dapat dikekalkan dengan berkesan. Ya, rutin seni mempertahankan diri selama beribu-ribu tahun, teknik badan itu telah diedarkan dalam seni mempertahankan diri. Pada zaman moden, spektrum jahat PKC ini datang untuk menganiaya orang China dan memusnahkan tradisi China. Seni mempertahankan diri adalah budaya tradisional, apabila ia melihat ia juga mahu memusnahkannya. Oleh itu, orang ramai diminta untuk menghasilkan seni mempertahankan diri baru, dan semua seni mempertahankan diri tradisional China telah hilang. Mungkin pelatih kerohanian di pergunungan yang dalam, mereka masih ada, tentu saja, benda yang asas ada pada golongan tersebut. Tetapi apa yang berada di dalam masyarakat telah dimusnahkan oleh parti jahat PKC, dan ia telah digantikan sepenuhnya dengan seni mempertahankan diri baru. Maksudnya, dalam beberapa ribu tahun yang lalu, seni mempertahankan diri tradisional telah mengekalkan teknik badan ini dengan berkesan.

Dalam kalangan budaya Cina, seni serasi dan boleh belajar antara satu sama lain. Sebagai contoh, banyak bentuk seni belajar dari tan-zi-gong, dan banyak bentuk seni belajar dari teknik badan seni mempertahankan diri. Tidak kah? Bahagian sifat badan yang beredar di opera, ia juga sangat penting. Kerana jika anda ingin menampilkan benda tersirat, ia akan menunjukkan nilainya. Balet itu lebih kepada terus terang, ia tidak mementingkan penampilan benda tersirat. Walau bagaimanapun, tarian klasik China mesti mempunyai bahagian sifat badan yang dapat meluahkan emosi dalaman anda dan menyatakan apa yang ingin anda tunjukkan. Sama seperti drama tarian Shen Yun melakonkan watak, ia dapat mencapai hasil ini. Dengan adanya benda ini, ia boleh menggambarkan watak; dengan benda ini, ia boleh menggambarkan plot; dengan adanya benda ini, Shen Yun adanya drama tarian kecil untuk menyelamatkan orang. Dari perspektif ini, kita akan melihat nilai dan makna budaya turunan Tuhan ini.

Terdapat ciri istimewa budaya turunan Tuhan, ia harus mempertimbangkan keseimbangan Yin dan Yang manusia, satu perkara harus digunakan positif dan negatif. Maka seni mempertahankan diri tidak boleh menjadi seni mempertahankan diri tunggal demi seni mempertahankan diri, maka ia mestilah "satu Wu (seni mempertahankan diri /tarian) dwi-penggunaan", sebutannya sama tetapi tulisannya berbeza, bahkan satu seni mempertahankan diri pelbagai penggunaanya. Tuhan tidak melakukan perkara secara tunggal, hanya untuk satu perkara. Setiap kali sesuatu benda muncul di dunia, ia membawa hubungan di pelbagai ruang. Perlu mempertimbangkan apa peranan yang dimainkan di setiap ruang, di ruang tinggi dan rendah, di ruang menegak, di ruang mendatar. Apa yang muncul mestilah positif dan dapat diurus dengan baik dalam setiap ruang, dengan demikian barulah ia boleh wujud di dunia. Jika tidak, benda anda tidak akan wujud, ia tidak akan diiktiraf, ia tidak akan disebarkan, ia mesti diiktiraf oleh Tuhan. Oleh itu, perkara yang Tuhan hantar bukan hanya mengenai satu perkara ini dan tidak peduli yang lain, dia perlu meluruskan hubungan dalam lingkaran besar hidupan. Jadi adakah perkara ini mudah? Ia tidak mudah.

Kadang-kadang agak menarik untuk berdebat dalam dunia seni. Industri opera ini berkata, Akademi Tarian Beijing, jenis tarian klasik apa yang anda buat, benda itu adalah opera kami. Ia benar-benar bendanya, terutamanya sifat badan, semua bendanya yang sama. Yang bidang seni mempertahankan diri pula berkata, tarian dalam opera anda itu semua benda dalam seni mempertahankan diri kita. Ya, hampir segala-galanya, iaitu benda sifat badan juga dibangunkan daripada teknik badan seni mempertahankan diri, semuanya seperti ini. Kemudian hasil mencari akar, benar-benar ia sampai pada seni mempertahankan diri. Mengapa saya bercakap tentang "satu Wu (seni mempertahankan diri/tarian) dwi-penggunaan" pada mulanya? Penggunaan sastera (Wen), ia menjadi tarian; penggunaan mempertahankan diri (Wu), ia digunakan untuk berperang. Satu Wen satu Wu, satu positif dan satu negatif. Itulah budaya, budaya manusia memang begini, kalau sebarkan sesuatu, ia akan ada dua sisi di dunia. Jika anda hanya menyampaikan perkara yang baik, ia tidak akan berfungsi. Ia juga mesti ada satu sisi yang jahat; jika anda menyebarkan yang jahat, itu juga tidak akan berfungsi. Anda mesti ada benda yang baik, kerana perkara di dunia ini seimbang antara yang baik dan yang jahat, seimbang antara Yin dan Yang. Inilah bagaimana perkara ini berlaku, ini adalah budaya manusia.

Jadi mengapa parti jahat PKC ditentang oleh sesiapa pun dari langit ke bumi? Kerana Tuhan tidak mengiktirafnya, ia tidak baik, juga bukan jahat yang Tuhan benarkan. Ia bermutasi, ia benar-benar jahat yang tidak masuk aliran; tidak ada tempat untuknya di alam semesta, ia hanya muncul pada hari-hari terakhir ketika karma manusia besar. Tidak kira betapa buruk atau kuat penampilan itu, ia tidak berguna. Tuhan menggunakannya untuk menghapuskan karma untuk orang yang mempunyai karma yang besar, dan memusnahkannya apabila ia habis diguna. Tetapi ajaran tinggi yang disebar oleh Tuhan di kalangan manusia adalah berbeza dan tidak terhad dengan ajaran tingkat manusia.

Balik kepada asal dan kesimpulannya, apa yang Guru katakan sangat ringkas, tetapi saya mengatakannya dengan tepat, dan itulah bagaimana ia berlaku. Faham? (Semua orang mengangguk)

(Seluruh kakitangan sekolah dan pelajar tarian berkata serentak: Terima kasih, Guru!)